17 March 2011

hidup seperti roda!!!


Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan.
Diruang tamu,
datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.
''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik
terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata
''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk
diri dan keluargaku.
'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap
suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah".

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.
Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut
menderita sepertinya.
Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan
suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu
sambil meminta belas kasihan.
 Mendengar rayuan pengemis itu, si suami
menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang
mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang
dulu pernah menengking seorang pengemis .

 Suami yang baru itu menjawab dengan tenang :
''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda:
''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang
bermaksud ;
''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan
kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan
ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan
tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA
DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE
BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .



No comments:

Post a Comment

sekarang suriani akan balas message dengan berbesar hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

meningkat usia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers